Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,807

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes Ragut Selesai Kurang 24 Jam, 2 Sahabat Meragut Dicekup Polis

10:13pm 12/10/2016 Pak Roshan 1337 views Jenayah,Mutakhir
Sumber foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Sumber foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Tawau, 11 Okt – Dua sahabat yang aktif meragut di sekitar daerah Tawau ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dan Bahagian Pencegahan Jenyah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Tawau, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Bin Hj Marsus berkata, dua lelaki yang berusia 20 dan 25 tahun itu ditahan selepas 7 jam melarikan beg tangan seorang wanita di belakang Pasaraya Tai Yung Jalan Bunga Tanjung, Tawau lebih kurang jam 3.30 petang.

Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan bertindak memecahkan cermin kereta sebelah kiri bahagian penumpang hadapan dan merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai sejumlah RM 50,000 yang dikeluarkan dari bank dan diletakkan di bawah kerusi tempat duduk pemandu wanita terbabit sebelum melarikan diri.

“Susulan dari maklumat berkenaan, pihak polis kemudiannya menjalankan OPS Cantas dan telah melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan yang sedang membaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC dipercayai suspek yang dikehendaki di kawasan Batu 4, Kampung Kurnia Jaya. Apabila pihak polis menghampiri, suspek cuba melarikan diri dan berjaya ditangkap. Hasil pemeriksaan suspek berkenaan polis menjumpai sebilah kerambit panjang lebih kurang 6 inci yang disimpan di dalam poket belakang seluar suspek.

“Kemudian dipandu arah suspek, telah membawa polis ke sebuah rumah papan tidak bernombor di Batu 15, Kampung Serudong Baru, Tawau. Pihak polis berjaya menahan seorang lagi suspek dikenali sebagai ‘Castelo’ yang disyaki merupakan rakan sejenayah.

“Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek yang tinggal berasingan berasal dari Batu 4, Kampung Kurnia Jaya dan Kampung Serudong Baru, Tawau dan tiada pekerjaan tetap. Hasil soal siasat mendapati kedua-dua suspek mengaku menjalankan kegiatan ragut di sekitar daerah Tawau. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

Polis turut merampas sebilah senjata kerambit dan sebuah motosikal Yamaha LC 135 CC yang digunakan suspek tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

ACP Fadil menasihati masyarakat agar sentiasa berwaspada semasa mengeluarkan wang tunai terutama di Bank dengan amaun yang banyak. Lapor kepada pihak Polis sekiranya di ekori oleh individu yang tidak dikenali dan mencurigakan di talian HOTLINE POLIS TAWAU 089-772121.

Sumber : Facebok Polis Daerah Tawau

Sumber foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Sumber foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Sumber foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Sumber foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan