Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes perkahwinan bawah umur tinggi di Sabah

 


KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) mengesahkan kes perkahwinan bawah umur di Sabah masih tinggi terutama di daerah Kota Marudu dan Kudat.

Pengerusi MPWS, Datuk Dr. Tarsiah Taman berkata, perkara itu amat membimbangkan kerana kanak-kanak di kawasan itu seharusnya didedahkan dan diberikan pendidikan pada peringkat umur yang awal, bukan hal berkaitan perkahwinan.

“Oleh itu, JHEWA dan MPWS mahu kerajaan menyeragamkan akta berkaitan perkahwinan di negeri ini dan menetapkan had umur perkahwinan bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi perempuan pula adalah 16 tahun.

“Kita suda mempunyai tiga undang-undang iaitu syariah, adat dan sivil yang digunakan, tapi kita harapkan dalam tempoh tiga atau lima tahun ini, kalau boleh diwujudkan satu akta yang diselaraskan bagi menetapkan had umur perkahwinan di Sabah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan penutupan Program Kesedaran Menangani Perkahwinan Kanak-Kanak di Wisma Wanita anjuran JHEWA dan MPWS yang disertai kira-kira 400 pelajar tingkatan empat, lima dan enam dari sekolah menengah di sekitar bandaraya ini.

Hadir sama pada program itu ialah Pengarah JHEWA, Masnah Matsalleh dan Timbalannya, Myrna Jimenez.

Dr. Tarsiah berkata, sebanyak 1,025 kes perkahwinan bawah umur direkodkan di Sabah pada 2015, 1032 (2014), 1,090 (2013), 1,095 (2012), 1,045 (2011) dan sebanyak 984 kes pada 2010.

Menurut beliau, menerusi program ini, ibu bapa, pelajar dan guru mendapat lebih banyak pengetahuan dan ilmu tentang risiko perkahwinan bawah umur tanpa melalui kaedah perancangan yang betul.

Katanya, para pelajar seharusnya didedahkan dengan dunia luar selepas menamatkan pelajaran kerana peluang untuk mereka membina kerjaya perlu diberikan keutamaan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, JHEWA dan MPS akan meneruskan program itu di empat daerah iaitu Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu dan Pitas pada tahun ini.

“Justeru, kami perlu memerlukan peruntukan daripada kerajaan untuk meneruskan penganjuran program ini pada tahun depan. Tahun ini kita telah memperkenalkan program Training of Trainees) (TOT) melibatkan seramai 300 individu pelbagai latar belakang kerjaya.

“Kami mahu memastikan projek ini terlaksana. Objektif kami iaitu memastikan ibu bapa, pelajar, ketua-ketua masyarakat mengambil serius isu perkahwinan bawah umur ini, bukan menghalang perkahwinan,” ujarnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan