Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KES PENCULIKAN TIDAK JEJASKAN PELANCONGAN SABAH

Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan, Mohammadin Ketapi melawat pameran Eco Installation Art 2018 di Todak Waterfront, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian yakin insiden penculikan baru-baru ini tidak menjejaskan industri pelancongan Sabah.

Menterinya Mohamaddin Ketapi berkata, berikutan penculikan dua orang nelayan di Pulau Gaya Semporna pada Selasa, aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan masih berjalan seperti biasa dan tiada sebarang masalah.

“Kita akan mewar-warkan kepada orang luar bahawa perkara ini jarang berlaku, bukan setiap minggu mahupun setiap bulan.

“Ini yang kita perlu terangkan kepada pelancong-pelancong yang mahu melawat ke Sabah.

“Ini hanya berlaku di tempat-tempat tertentu di pantai Timur dan di sini (pantai Barat) tidak berlaku sebarang penculikan,” katanya kepada media selepas melancarkan Art Installation by The Bay di Segama Waterfront Boadwalk hari ini.

Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan, Mohammadin Ketapi melawat pameran Eco Installation Art 2018 di Todak Waterfront, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Sementara itu, Mohamaddin tidak menolak kemungkinan terdapat penglibatan orang dalam terhadap insiden penculikan di perairan Sabah.

Katanya, perairan Sabah dikawal ketat oleh Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sehingga menyukarkan berlakunya kes-kes pencerobohan.

“Kemungkinan dan ini tafsiran saya, ia berlaku dari orang dalam dan bukannya dari luar perairan Sabah yang masuk ke sini.

“Ini kerana, jika ia berlaku kemasukan atau pencerobohan, sudah pasti akan dikesan dan ditahan oleh pihak berkuasa,” -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan