Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes Penculikan Tidak Jejas Aktiviti Nelayan Di Sandakan

10:51pm 20/07/2016 Pak Roshan 159 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

22 sandakan nelayan

SANDAKAN : Aktiviti nelayan pesisir pantai dan laut dalam di daerah ini tidak terjejas biarpun berlaku insiden penculikan di perairan timur negeri ini.

Pengerusi Persatuan Perikanan Sandakan Phua Peh Chee berkata bot nelayan keluar ke laut seperti biasa dengan mengikut masa perintah berkurung.

Katanya bagi bot nelayan laut dalam, ada yang mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sekiranya keluar ke laut ketika masa perintah berkurung berkuatkuasa.

“Bot nelayan laut dalam sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan memaklumkan pergerakan kepada pasukan keselamatan bagi memudahkan pemantauan keselamatan.

“Biarpun kes penculikan membabitkan kru bot nelayan berlaku di perairan Lahad Datu, kami di sini sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne) berkuatkuasa sehingga 22 Julai.

Perintah berkurung itu yang berkuatkuasa dari 7 malam hingga 5 pagi setiap hari membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Semua ketua polis daerah di kawasan perintah berkurung mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan serta laluan yang mendesak.

Tiga anggota kru warga negara Indonesia sebuah bot tunda menjadi mangsa culik satu kumpulan dari selatan Filipina dalam kejadian di perairan berhampiran Tungku di Felda Sahabat Lahad Datu pada 10 Julai lepas.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan