Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes pencerobohan Lahad Datu, kawalan ketat sekitar mahkamah

12:08pm 25/07/2016 Pak Roshan 679 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Anggota keselamatan memeriksa kenderaan yang memasuki kompleks Penjara Pusat Kota Kinabalu di Kepayan. - Foto NSTP

Anggota keselamatan memeriksa kenderaan yang memasuki kompleks Penjara Pusat Kota Kinabalu di Kepayan. – Foto NSTP

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan mengawal ketat sekitar kompleks Penjara Pusat Kota Kinabalu di Kepayan di sini, yang menempatkan Mahkamah Tinggi untuk mendengar keputusan bela diri tertuduh kes pencerobohan Lahad Datu, hari ini.

Beberapa jalan menuju ke premis berkenaan disekat sejak awal pagi ini dengan semua kenderaan yang memasuki laluan berkenaan diperiksa anggota polis.

Pemeriksaan turut dilakukan terhadap semua kenderaan dan pengunjung yang memasuki kompleks Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Stephen Chung Hian Guan, dijangka membacakan keputusan perbicaraan pembelaan membabitkan 16 tertuduh warga Filipina dan seorang tertuduh rakyat tempatan, bermula jam 9 pagi ini.

Dua lagi tertuduh rakyat tempatan belum lagi ditetapkan tarikh keputusan bela diri.

Pada 5 Februari lalu, Hian Guan memerintahkan 19 daripada 30 individu termasuk tiga rakyat tempatan yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam kes pencerobohan Lahad Datu pada 2013 untuk membela diri.

Keputusan dibuat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh, manakala baki 11 tertuduh yang semuanya rakyat Filipina, dibebaskan.

Dalam perbicaraan bela diri pada 23 dan 24 Februari lalu, sembilan tertuduh termasuk dua penduduk tempatan mengaku bersalah terhadap pertuduhan dihadapi mereka, manakala selebihnya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan