Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes Pecah Amanah Bekas Pengurus Besar SLDB Ditetapkan Februari 2017

2:20pm 27/10/2016 Pak Roshan 833 views Jenayah,Mutakhir

img-20160920-wa0001

KOTA KINABALU : Mahkamah Sesyen di sini menetapkan Februari tahun depan untuk perbicaraan kes bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan pemilik sebuah syarikat kelapa sawit masing-masing atas dakwaan pecah amanah serta bersubahat melakukan pecah amanah melibatkan wang sebanyak RM8.9 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menetapkan 1 hingga 3 Feb dan 14 hingga 16 Feb 2017 untuk perbicaraan selepas kes itu disebut semula di hadapannya hari ini.

Bekas Pengurus Besar SLDB [email protected] Majid, 63, didakwa membuat bayaran kepada pemilik syarikat kelapa sawit How Kim San, 55, sebanyak RM8,999,999.30 sebagai bayaran pampasan terhadap tanah dan tanaman di Kampung Babason, Sook, Keningau, Sabah sedangkan tanah seluas 165.921 hektar (410 ekar) itu merupakan milik Kerajaan Negeri Sabah.

Dia dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

How pula dituduh bersubahat menerima bayaran pampasan terhadap tanah berkenaan daripada George sedangkan George menyedari bahawa tanah seluas 165.921 hektar (410 ekar) tersebut merupakan milik kerajaan Negeri Sabah.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

George dan How didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Wisma Sabah Land Development Board di antara 22 Mac 2013 hingga 14 Ogos 2013.

Pegawai pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Awang Samsul Baharum berkata pihak pendakwaan akan menawarkan 23 saksi pada perbicaraan itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan