Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes Lahad Datu: Tertuduh Tegaskan Hanya Pengawal Peribadi Sultan Sulu

5:47pm 10/03/2016 Pak Roshan 234 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

kes-tanduo-600x367

KOTA KINABALU : Seorang daripada tertuduh warga Filipina dalam kes pencerobohan di Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, dia bersetuju untuk berjumpa dengan polis untuk membuktikan yang dia hanya pengawal peribadi sambilan kepada sultan Sulu.

Timhar Hadil, 39, berkata dia membawa bersama-samanya dokumen dan lencana berkaitan dengan kesultanan itu untuk ditunjukkan kepada polis pada perjumpaan pada pagi 18 Feb, 2013.

“Saya, bersama-sama dengan adik saya Bakrin dan bapa saya, pergi ke Restoran Rahmat (di Lahad Datu) untuk bejumpa seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Koperal Yusof.

“Saya bawa satu lencana dan satu sampul surat mengandungi dokumen kerana saya mahu buktikan kepada polis bahawa saya hanya pengawal peribadi sambilan kepada Sultan Muedzul Lail Tan Kiram,” katanya dalam bahasa Suluk.

Keterangannya itu diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia oleh jurubahasa mahkamah.

Timhar membela diri terhadap pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas semasa pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo di Lahad Datu pada 2013.

Tertuduh berkata dia pergi ke restoran itu selepas mendapat tahu pada malam sebelumnya bahawa polis sedang mencarinya kerana dia ialah ‘panglima’ atau ‘jeneral’ kepada sultan Sulu.

Dia tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar semasa pemeriksaan balas bahawa dia terlibat dalam pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo.

Sebanyak 13 warga Filipina dan seorang lelaki tempatan membela diri di hadapan Hakim Stephen Chung dalam prosiding yang berlangsung di Jabatan Penjara Sabah atas pelbagai kesalahan yang didakwa dilakukan antara 12 Feb dan 10 April 2013.

Mereka menghadapi satu atau beberapa pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Sebahagian lagi dituduh secara sengaja melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota kumpulan pengganas, atau memberi kerjasama atau membantu kumpulan pengganas.

Perbicaraan bersambung esok.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan