Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes lagu Happy Birthday berakhir

9:56am 11/12/2015 Pak Roshan 15 views Global
GAMBAR hiasan, sebuah kek untuk sambutan ulang tahun kelahiran.

GAMBAR hiasan, sebuah kek untuk sambutan ulang tahun kelahiran.

Los Angeles: Pertikaian mengenai hak cipta lagu paling popular di dunia, Happy Birthday berakhir selepas penyelesaian terhadap satu tuntutan mahkamah meletakkan lagu itu sebagai domain awam, menurut kenyataan mahkamah dan sumber terdekat semalam.

Isi kandungan perjanjian itu tidak didedahkan, tetapi ia mengakhiri tuntutan saman yang difailkan pada 2013 oleh sekumpulan artis dan pembuat filem terhadap syarikat Warner/Chappell Music yang mendakwa memiliki hak cipta lagu berkenaan.

Kumpulan itu menuntut agar Warner/Chappell Music memulangkan yuran yang bernilai jutaan dolar yang dikutip saban tahun kerana menggunakan lagu berkenaan.

Dengan termeterai perjanjian perundangan itu, lagu wajib ketika sambutan ulang tahun kelahiran berkenaan menjadi milik awam dan percuma.

Pada September lalu, Ketua Hakim Daerah Los Angeles, George King memutuskan Warner/Chappell, anak syarikat penerbit muzik terkemuka, Warner Music Group tidak memiliki hak cipta ke atas lirik lagu Happy Birthday.

Kes itu menarik perhatian dunia bukan disebabkan lagu itu selalu dinyanyikan, tetapi tidak ramai yang tahu ia masih di bawah hak cipta yang dimiliki oleh sebuah syarikat gergasi. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan