Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes Kerani Sekolah Dibunuh: Polis Tahan 6 Lelaki Warga Nepal

45

PIHAK polis telah berjaya menahan enam lelaki warga Nepal yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya, Sungai Terap, Muar, petang Isnin.

Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kesemua suspek yang berusia 25 hingga 43 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.

Memetik laporan Harian Metro, Azman memberitahu, pihaknya menerima menerima panggilan kecemasan tentang kejadian tersebut kira-kira jam 5 petang semalam.

Susulan itu, beberapa anggota polis telah bergegas ke lokasi iaitu rumah mangsa sebelum menjumpai seorang wanita terbaring dalam keadaan separuh bogel dengan kesan jerutan di leher di depan sebuah bilik.

Berikutan itu, kami menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejak penjenayah berkenaan.

“Pada masa sama, kami menahan enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, hari ini.

Difahamkan, beberapa barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri serta telefon bimbit didapati hilang.

Kes pembunuhan wanita bernama Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, ini mendapat tumpuan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi mengenangkan nasib cahaya mata mangsa yang baru berusia empat bulan. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan