Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes kemalangan maut ketika OP Selamat sempena Tahun Baru Cina tahun lalu meningkat

6:01pm 03/02/2016 Leolerry Lajius 40 views Tempatan
Dingka memakaikan topi keledar kepada salah seorang pengguna jalan raya yang lalu di kawasan tersebut.

Dingka memakaikan topi keledar kepada salah seorang pengguna jalan raya yang lalu di kawasan tersebut.

KOTA KINABALU: OP Selamat sempena tahun baru cina tahun lalu menunjukkan peningkatan daripada 12 kes kemalangan maut pada tahun 2014 kepada  16 kes pada tahun lalu.

Menurut Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Deputi Superitendan Dingka Utoh, berikutan peningkatan kes tersebut pihaknya akan merangka beberapa strategi untuk memantau dan mengawal lalu lintas pada musim perayaan.

“OP Selamat ke-lapan telah dilancarkan dari kelmarin dan akan dilaksanakan sehingga 15 Februari dan saya berharap agar pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati terutama sekali ketika musim perayaan serta mengelakkan dari mengambil alkohol ketika memandu,”katanya ketika sidang media sempena kempen advokasi keselamatan jalan raya sempena sambutan Tahun Baru Cina di Taman Teluk Likas pagi tadi.

Sementara itu, menurut Penolong Pengurus Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Cawangan Kota Kinabalu Rizaol Z Arbi  Bujang kempen yang diadakan setiap tahun ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna jalan raya.

“Kami telah mengedarkan tempat duduk khas bagi kanak-kanak bagi mereka yang mempunyai anak, topi keledar, pelekat reflektif dan risalah keselamatan jalan raya secara percuma,”katanya.

Turut hadir pada program tersebut adalah Penolong Pengarah JKJR Mohd Khalid Mohd.

“Pihak JKJR akan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memupuk dan memberikan penekanan mengenai kepentingan keselamatan di jalan raya,”katanya.

Program yang dianjurkan oleh Allianz itu melibatkan kerjasama dua lagi  agensi itu iaitu pihak polis dan JKJR.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Salah seorang staff Allianz memakaikan topi keledar pada penunggang motorsikal sambil diperhatikan oleh polis trafik.-Gambar Oleh Alex Mairin

Salah seorang staff Allianz memakaikan topi keledar pada penunggang motorsikal sambil diperhatikan oleh polis trafik.-Gambar Oleh Alex Mairin

Anggota polis, JKJR dan Allianz mengambil gambar bertsama ketika program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Anggota polis, JKJR dan Allianz mengambil gambar bertsama ketika program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan