Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes Kemalangan Di Kunak Meningkat Tahun Ini

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 56 Jalan Tawau-Kunak pada Mac 2015 - foto ihsan IPD Tawau
Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 56 Jalan Tawau-Kunak pada Mac 2015 – foto ihsan IPD Tawau

KUNAK : Kes kemalangan jalan raya meningkat di Kunak tahun ini berbanding tahun lepas, kata Ketua Polis Daerah Kunak Supt Mohd Nasaruddin M Nasir.

Beliau berkata sebanyak 146 kes dicatatkan bagi tempoh Januari hingga November tahun ini berbanding 140 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Bagi tahun ini, enam kes kemalangan maut direkodkan, lima kes melibatkan kecederaan parah dan enam kes cedera ringan manakala 129 membabitkan kerosakan kenderaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kemalangan paling kerap pula dilaporkan berlaku di Kilometer 4 hingga Kilometer 38 Jalan Kunak-Lahad Datu, katanya sambil menasihati pengguna supaya memandu dengan lebih berhati-hati di laluan berkenaan.

Sempena cuti perayaan Krismas minggu ini, beliau mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas terutamanya berhubung had laju yang dibenarkan. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan