Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes kecurian kenderaan meningkat

Douglas (kanan) menyampai sijil penghargaan kepada salah seorang pegawai polis pada perhimpunan itu. - foto Kalawon Sawing
Douglas (tiga dari kanan) menyampai sijil penghargaan kepada salah seorang
pegawai polis pada perhimpunan itu. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Kes jenayah indeks di daerah ini meningkat sebanyak 2.11 peratus atau 145 kes pada tahun lalu berbanding tahun 2013.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Douglas Taong berkata, jenayah kecurian kenderaan pada tahun lalu meningkat sebanyak 54 berbanding 26 kes berbanding tahun sebelumnya manakala, lain-lain kes menunjukkan penurunan.

Menurutnya, kes yang berjaya diselesaikan adalah sebanyak 75 kes atau 51 peratus kes berbanding 71 kes atau 50 peratus pada tahun 2013.

“Namun, kemalangan maut di daerah ini menunjukkan peningkatan yang sangat ketara pada tahun 2014 iaitu sebanyak 27 orang berbanding 20 pada tahun 2013,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Bulan Januari 2015, di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau, di sini hari ini.

Katanya, polis akan terus menumpukan usaha untuk mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) pada tahun ini bagi memperkukuhkan lagi proses transformasi bagi membawa pencapaian ke tahap lebih tinggi.

Menurut beliau, tiga fokus utama yang perlu dipenuhi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara iaitu memelihara ketenteraman awam, mengurangkan kadar jenyah dan pemantapan integriti dalam pasukan.

Jelasnya, tiga fokus itu menepati visi dan misi PDRM sebagai agensi yang memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam memelihara keselamatan negara serta menjamin kesejahteraan masyarakat. – oleh Kawalon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan