Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes jenayah kekerasan di Tawau catat 139 kes sepanjang tahun lalu

Awang Besar Dullah (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota yang menerima pada majlis itu. - foto Masani Sandan
Awang Besar Dullah (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota yang menerima pada majlis itu. – foto Masani Sandan

TAWAU – Kes jenayah kekerasan secara keseluruhan di daerah ini hanya menunjukkan peningkatan satu kes iaitu 139 kes sepanjang tahun lalu berbanding 138 kes pada tahun sebelumnya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Awang Besar Dullah berkata, peningkatan  dicatatkan hanya bagi kes jenayah membabitkan rogol iaitu sebanyak 24 kes berbanding 17 dan kes membabitkan samun sebanyak 79 kes berbanding 69 kes masing-masing pada 2013.

“Manakala bagi kes jenayah harta benda pula, daerah ini menunjukkan penurunan kes iaitu sebanyak 699 kes berbanding tahun 2013 sebanyak 737 kes secara keseluruhan,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini hari ini.

Awang Besar berkata, hanya kes jenayah harta benda melibatkan curi motosikal menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 154 kes berbanding 148 kes pada tahun lalu dan juga kes curi ragut sebanyak 12 kes berbanding empat kes pada 2013.

Katanya, kes jenayah kekerasan yang berjaya diselesaikan pula menunjukkan peningkatan kejayaan iaitu mencatat 102 kes pada tahun lalu berbanding hanya 88 kes tahun sebelumnya manakala bagi jenayah harta benda pula menunjukkan penurunan bagi kes yang berjaya diselesaikan iaitu sebanyak 281 kes pada 2014 berbanding 435 kes pada tahun 2013.

Mengenai jumlah tangkapan membabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah pula, beliau berkata,  ia meningkat sebanyak 8.15 peratus iaitu seramai 2,057 orang telah ditangkap pada tahun lalu berbanding 1,902 orang pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta agar anggota tidak menyebarkan sebarang khabar angin atau maklumat palsu yang belum dipastikan kesahihannya terutama melibatkan aspek keselamatan di daerah ini. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan