Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes jenayah dadah meningkat

5:11pm 13/01/2016 Ann Vivien 157 views Jenayah,Tempatan
DSP Douglas Nyeging Taong

DSP Douglas Nyeging Taong

KENINGAU: Kes jenayah dadah di daerah ini bagi tahun meningkat kepada 595 bagi tahun 2015 berbanding 406 pada tahun 2014.                                                       

Ketua Polis Daerah  Deputi Supritenden Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, peningkatan itu membabitkan tiga kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 berbanding satu kes pada tahun 2014.Katanya, kes rogol turut meningkat 20 kes pada tahun 2015 berbanding 15 kes pada tahun 2014.                         

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di bilik sidang media IPD di sini pada Selasa.
Sementara itu katanya, bagi statistik pelbagai jenayah di bawah seliaan IPD Keningau, daerah Keningau mencatatkan statistik indeks jenayah paling tinggi iaitu 111 kes diikuti  Tambunan 19 kes, Sook 10 ked dan Nabawan tiga kes.                          

Manakala katanya, bagi perbandingan jenayah indeks kategori B dalam tempoh Januari hingga Disember  2015 sebanyak 143 kes dilaporkan berbanding 145 kes pada tahun 2014 bagi tempoh yang sama telah menunjukkan penurunan negatif 1.37 peratus.                      
Jelas Douglas, sebanyak 142 kes dilaporkan dan daripada jumlah itu sebanyak 73 kes berjaya diselasaikan sekaligus mencapai Key Performance Indicators (KPI) iaitu 51.40 peratus bagi tahun 2015.                         

Sementara itu, bagi tahun 2014 sebanyak 162 kes dilaporkan dan hanya 70 kes berjaya diseleasaikan dengan 43.20 peratus dicapai.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan