Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KES JANGKITAN HFMD DI SABAH MULA MENURUN

Menteri Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat Kementerian Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat, Stephen Wong Tien Fatt. Gambar fail SNT

KOTA KINABALU: Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukkan penurunan dengan jumlah sekolah yang ditutup di Sabah dianggarkan kira-kira 20 buah berbanding 94 buah sekolah semasa kes itu mula-mula dikesan.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Stephen Wong Tien Fatt mengesahkan sehingga kini kes itu berjaya dikawal dan tidak membimbangkan.

“Apa yang merisaukan kita ialah statistik kes HFMD pada tahun ini mencatatkan lebih 2,000 kes berbanding hanya 1,600 kes sepanjang tahun lalu.

“Tetapi, kita yakin pihak jabatan kesihatan akan terus mengambil langkah proaktif dalam menangani kes ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Artistry Dental Lab yang terletak di Damai Plaza, Luyang.

Dalam pada itu, Stephen berkata, kementeriannya telah menubuhkan satu unit khas yang bertindak bagi memantau sekolah-sekolah yang telah ditutup ekoran kes HFMD selain menasihati orang ramai khususnya ibu bapa memastikan kebersihan anak-anak dan keluarga masing-masing.

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah sebelum ini telah mengambil langkah drastik dengan menutup beberapa buah sekolah dan pra sekolah di Beaufort, Kudat, Kuala Penyu dan Tawau ekoran kes HFMD yang berlaku di Sabah awal bulan ini.

Stephen berkata, sekolah-sekolah yang ditutup akibat kes HFMD di daerah tersebut telah dibuka semula sejak beberapa hari lalu. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan