Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes di Sabah tunjukkan zika ada dalam masyarakat

12:59pm 04/09/2016 Pak Roshan 794 views Isu Semasa,Mutakhir
KAKITANGAN Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melakukan kerja 'fogging' di kawasan perumahan di Taman Public Jaya Likas, Kota Kinabalu. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan laporan kes jangkitan virus Zika tempatan pertama di Malaysia membabitkan seorang lelaki yang menetap di kawasan perumahan berkenaan - Foto Moihd Adam Arinin

KAKITANGAN Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melakukan kerja ‘fogging’ di kawasan perumahan di Taman Public Jaya Likas, Kota Kinabalu. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan laporan kes jangkitan virus Zika tempatan pertama di Malaysia membabitkan seorang lelaki yang menetap di kawasan perumahan berkenaan – Foto Moihd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan mengesahkan kes jangkitan zika membabitkan lelaki berusia 61 tahun di sini dua hari lalu, menunjukkan bahawa virus itu telah wujud dalam kalangan masyarakat.

Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata rekod menunjukkan pesakit itu tidak pernah pergi ke mana-mana negara yang mempunyai bilangan kes besar jangkitan virus berkenaan.

“Ini bermakna lelaki itu mendapat jangkitan zika di dalam negara (tempatan). Dia dijangkiti akibat gigitan nyamuk membawa virus berkenaan dalam negara kita.

“Dari mana nyamuk itu datang, kita tidak ada jawapan yang tepat.

“Bagaimanapun, kita kini dalam proses untuk mengenalpasti pergerakan terakhir pesakit itu sejak beberapa minggu yang lalu,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau, hari ini.

Dr Subramaniam berkata, pihaknya akan mempergiatkan aktiviti vektor kawalan di kawasan yang terbabit.

“Saya dimaklumkan bahawa pesakit itu telah meninggal dunia. Kita berpendapat bahawa kematiannya bukan secara langsung akibat jangkitan zika.

“Dia mempunyai penyakit lain termasuk jantung dan sakit kronik buah pinggang, sekali gus apa-apa bentuk viraemia (jangkitan virus dalam darah) boleh membawa kepada kematiannya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, zika telah ada di negara ini sekali gus menyebabkan kes baharu akan terus muncul. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan