Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes dera budak membimbangkan

kes dera

Kuala Lumpur: Kes penderaan kanak-kanak di negara ini berada pada tahap membimbangkan selepas statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan berlaku peningkatan empat peratus jumlah kes pada 2013 berbanding tahun sebelumnya.

Mala,h statistik yang dikeluarkan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita/Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi tahun ini sehingga Jun sudah mencatatkan 178 kes penderaan.

Penolong Pengarah D11 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Superintendan Ong Chin Lan berkata, daripada jumlah itu 165 kes didapati berlaku di rumah kanak-kanak itu sendiri akibat didera ibu bapa kandung dan ahli keluarga.

Menurutnya, pada 2012 sebanyak 285 kes dilaporkan namun bagi 2013 ia meningkat menjadi 295 kes penderaan dan jumlah peningkatan itu sebanyak empat peratus.

“Hasil siasatan kita kebanyakan kes penderaan berlaku di rumah mangsa sendiri di mana pada 2012 sebanyak 268 kes manakala 2013 pula sebanyak 276 kes.

“Selebihnya berlaku di sekolah, tempat asuhan dan tempat bebas di mana sebanyak 14 kes berlaku di pusat asuhan pada 2012, sebanyak 12 kes pada 2013 dan tahun ini sehingga Jun sebanyak 11 kes,” katanya.

Ong berkata, kebanyakan mangsa didera atas beberapa faktor atau motif seperti faktor ibu bapa, kanak-kanak, keluarga, masyarakat dan budaya.

“Faktor ibu bapa seperti pengalaman didera semasa kanak-kanak, masalah psikiatri, menganggap penderaan fizikal sebagai cara mendidik dan dalam proses perceraian. Selain itu gangguan emosi, tekanan, pengaruh alkohol dan dadah juga menjadi punca ibu bapa mendera anak mereka.

“Bukan itu sahaja paras rupa kanak-kanak itu yang tidak menarik dan tiada ikatan kasih sayang juga menyebabkan mereka didera. Ada juga kemungkinan mangsa rogol yang mengandung akan membenci anak yang dilahirkan itu dan menderanya kerana rupa paras anaknya itu mirip perogol,” katanya.

 

Komen


Berita Berkaitan