Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

kes denggi di Kota Kinabalu menurun

Yeo (tiga dari kiri), M.Chandra (tiga dari kanan), Zuraidah (dua dari kiri), Joannes (dua dari kanan), Mohamad Safree (kiri) dan Robert (kanan) pada sidang akhbar itu.
Yeo (tiga dari kiri), M.Chandra (tiga dari kanan), Zuraidah (dua dari kiri), Joannes (dua dari kanan), Mohamad Safree (kiri) dan Robert (kanan) pada sidang akhbar itu.

KOTA KINABALU- Bilangan kes denggi di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu menurun dan terkawal, kata Mayor Bandaraya Datuk Abidin Madingkir.

Bagaimanapun katanya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu akan terus mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan bagi mengelak kejadian wabak denggi khususnya di bandaraya Kota Kinabalu.

“Aktiviti yang dilaksanakan semasa kawalan dan pencegahan denggi bukan sahaja tertumpu ke arah pengurangan populasi nyamuk di bandaraya tetapi turut mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pencegahan seperti mengadakan gotong royong.

“Diharapkan kepekaan dan kesedaran masyarakat yang semakin meningkat terhadap penyakit ini akan menggalakkan mereka meneruskan aktiviti kawalan dan pencegahan,” katanya ketika berucap sempena Sidang Akhbar  “Bah! Mari Balik Raya Dengan Selamat” di Dewan Mesyuarat DBKK, di sini, kelmarin dan text ucapannya disampaikan oleh Ketua Pengarah DBKK Datuk Yeo Boon Hai.

Abidin berkata, Program Bah!Mari Balik Raya dengan selamat bertujuan mengingatkan orang ramai mengenai tanggungjawab dan tindakan yang perlu dilakukan sebelum meninggalkan rumah agar tidak mengundang risiko pembiakan denggi, di samping tidak terkena jangkitan demam denggi semasa merayakan Hari Raya Aidilfitri.- Monica Gidong / SayangSabah.

 

Komen


Berita Berkaitan