Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes culik pelajar di Keningau disebar menerusi aplikasi, tidak benar

Douglas Nyeging Taong.
Douglas Nyeging Taong.

KENINGAU – Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menyebarkan maklumat palsu melalui laman sosial terutama aplikasi seperti Whatsapp, Telegram, Twitter kerana tindakan itu boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Polis, Douglas Nyeging Taong menegaskan, ia merupakan sikap pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menakut-nakutkan masyarakat,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas khabar angin berkaitan kes penculikan beberapa pelajar di daerah ini, semalam.

Douglas menjelaskan, sebenarnya kes terbabit telah dibawa ke perhatian pihak berkuasa pada 21 Oktober tahun lalu dan setelah siasatan dijalankan, pihak polis mendapati ia hanya merupakan berita palsu.

“Selepas kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, ia dinafikan sendiri oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman melalui media,” jelas beliau sambil menggesa orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan