Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,763

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kes culik: 6 kru Indonesia, Myanmar masih di Tawau

9:06pm 05/04/2016 Pak Roshan 1076 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Mutakhir
KES culik dekat Pulau Ligitan Semporna Jumaat malam kini disiasat di Balai Polis Tawau oleh pasukan penyiasat daripada Ibu Pejabat Polis Semporna - Foto BERNAMA

KES culik dekat Pulau Ligitan Semporna Jumaat malam kini disiasat di Balai Polis Tawau oleh pasukan penyiasat daripada Ibu Pejabat Polis Semporna – Foto BERNAMA

TAWAU: Tiga kru kapal tunda warga Indonesia yang dipintas kumpulan bersenjata di perairan Ligitan berhampiran Semporna, Jumaat lalu, masih berada di daerah ini bagi membantu siasatan kes penculikan empat kru warga Malaysia dari kapal yang sama.

Tiga lagi kru kapal berkenaan dari Myanmar juga masih berada di sini untuk tujuan sama.

Konsul Pejabat Republik Indonesia di Tawau, Abdul Fatah Zainal, berkata pihaknya sedia maklum mengenai proses siasatan polis dan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Setakat ini kami mengambil berat kebajikan tiga kru warga kami termasuk menyediakan keperluan mereka, selain memaklumkan perkembangan semasa kepada ahli keluarga mereka di Indonesia.

“Kami juga berterima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia atas perkongsian maklumat dan berharap siasatan dapat dilengkapkan dalam masa terdekat,” katanya kepada media di pejabat Konsul Republik Indonesia di sini, sebentar tadi.

Abdul Fatah juga mengesahkan kapal tunda Massive 6 tidak membawa sebarang muatan selepas menghantar arang batu ke Filipina dan ketika kejadian ia dalam perjalanan ke Tarakan, Indonesia sebelum singgah di Tawau untuk tujuan logistik.

Dalam kejadian jam 6.15 petang Jumaat lalu, empat rakyat Malaysia diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata yang memintas kapal tunda dinaiki mereka ketika dalam pelayaran dari Manila ke Tawau.

Setakat semalam, nasib empat rakyat Malaysia itu belum diketahui. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan