Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes Bunuh Kerani Sekolah: Jiran Ditahan Dipercayai Terlibat

image72-600x360

PIHAK polis menahan seorang lagi suspek lelaki berumur 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih Sungai Terap, Bukit Pasir, Isnin lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat, suspek berkenaan adalah jiran mangsa yang ditahan pada pukul 6 petang semalam.

“Suspek yang juga seorang pegawai kerajaan telah berkahwin dan mempunyai dua anak,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat malam.

Jelas Kamarul, suspek berkenaan ditahan kerana gagal memberi keterangan memuaskan kepada polis semasa siasatan.

“Hasil ujian air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis amphetamine dan turut mempunyai dua rekod jenayah lampau, membabitkan jenayah kekerasan dan memiliki dadah,” katanya.

Terdahulu, pihak polis menahan enam lelaki warga Nepal berumur 25 hingga 43 tahun bagi membantu siasatan, selepas beberapa jam mayat mangsa ditemui.

Pada Khamis, polis Johor turut mengambil keterangan hampir 10 pengguna laman Facebook, susulan gambar kes pembunuhan itu tersebar menjadi viral.

Mayat mangsa, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, dilaporkan dibunuh dalam keadaan menyayat hati dengan kesan jerutan di leher, di depan pintu bilik utama rumahnya.

Mayat mangsa ditemui jiran selepas mengesyaki sesuatu yang aneh kerana enjin kereta mangsa tidak ditutup selama empat jam, selain pintu pemandu kereta dan pintu rumah terbuka. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan