Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes bunuh: Dua ditahan, seorang ditembak mati

SIDANG MEDIA... Jalaluddin (tengah) semasa di sidang media. - foto SayangSabah
SIDANG MEDIA… Jalaluddin (tengah) semasa di sidang media. – foto SayangSabah

KOTA KINABALU: Dua orang suspek berjaya ditahan manakala seorang lagi ditembak mati oleh polis yang dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan seorang lelaki pada 31 Disember lepas di Taman Ketiau dekat sini.

Pesuruhjaya Polis, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, sepasukan anggota polis dari cawangan IPK Negeri, IPD Penampang dan IPD Papar yang diketuai oleh Inspektor Wan Faizal telah menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kg Madang, Kinarut dekat sini kira-kira jam 4.00 pagi pada 6 Januari lepas.

“Semasa anggota polis tiba di rumah tersebut seorang lelaki yang dikenalpasti sebagai Madlauddin Alipin berumur 46 tahun cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Kontinjen Negeri di sini hari ini.

Katanya,  beberapa anggota polis kemudian membuat pemeriksaan lanjut ke dalam rumah sebelum menemui seorang wanita yang dikenali sebagai Hostilita Shahi, 37, bersama-sama seorang kanak-kanak.

“Wanita itu pada mulanya mempersoalkan tindakan polis menangkap suaminya (Madlauddin) namun salah seorang anggota polis mengenali suami sebenar wanita itu,” katanya sambil menambah bahawa polis seterusnya turut menahan Hostilita kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan tersebut.

Jalaluddin berkata, hasil soal siasatan yang dibuat oleh polis terhadapa wanita itu kemudian membawa kepada penemuan suspek utama yang bersembunyi di dalam sebuah sofa di rumah itu.

“Anggota polis kemudian naik semula ke rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan lanjut sebelum menemui tempat persembunyian suspek yang dikenali sebagai Fazly De Rizon,” katanya lagi.

Menurut beliau, Fazly cuba melawan dengan menyerang polis menggunakan sebilah parang sebelum anggota polis bertindak melepaskan satu das tembakan namun tersasar.

“Suspek kemudian terjun ke bawah melalui sebuah jendela dan cuba menyerang seorang lagi pegawai polis menggunakan parang tersebut,” katanya.

Jalaluddin berkata, bagi menyelamatkan nyawa pegawai polis terbabit, seorang anggota polis terpaksa melepas beberapa das tembakan yang akhirnya menyebabkan suspek terbunuh di tempat kejadian.

“Dengan penangkapan dua suspek manakala seorang lagi terbunuh, polis menganggap kes bunuh di Taman Ketiau beberapa minggu lepas dianggap selesai,” katanya lagi. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan