Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes bakar masjid selesai

KEADAAN di Tolikara, Papua ketika anggota GIDI menyerang kawasan sekitar masjid berkenaan Jumaat lalu.
KEADAAN di Tolikara, Papua ketika anggota GIDI menyerang kawasan sekitar masjid berkenaan Jumaat lalu.

Solo: Presiden Joko Widodo (Jokowi) semalam berkata, isu membakar masjid yang berlaku di Tolikara, Papua oleh penduduk Kristian ketika umat Islam di daerah itu menunaikan solat Aidilftri sudah selesai.

Menurutnya, kejadian yang berlaku Jumaat lalu diselesaikan dengan campur tangan polis.

Sehubungan itu, Jokowi mengingatkan rakyat Indonesia supaya menjaga kerukunan antara masyarakat memandangkan Indonesia terdiri daripada masyarakat majmuk dengan pelbagai budaya.

“Ada banyak suku, banyak adat, banyak agama dan banyak budaya. Kita perlu menjaga toleransi, kebersamaan dan perpaduan,” kata Jokowi ketika mengulas kejadian itu.

Kejadian bermula apabila sekumpulan anggota Gereja Injili Indonesia (GIDI) menyerang Masjid Baitul Mustaqim ketika umat Islam menunaikan solat Aidilfitri atas alasan penggunaan pembesar suara mengganggu acara yang mereka adakan di kawasan berhampiran.

Pertengkaran berlaku antara mereka sebelum anggota GIDI melontar batu, menyasarkan beberapa kedai dan kediaman penduduk Islam.

Keadaan menjadi tidak terkawal sebelum tindakan membakar rumah penduduk Islam dimulakan.

Kebakaran merebak ke masjid berkenaan, menyebabkan ia terbakar.

GIDI cawangan Tolikara sebelum ini mengeluarkan surat melarang umat Islam menunaikan solat hari raya pada hari berkenaan. Surat itu dikatakan menjadi punca kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Indonesia Jeneral Badrodin Haiti dilapor berada di Tolikara semalam untuk meninjau sendiri keadaan keselamatan.

Sehingga semalam, polis belum menahan sebarang suspek.

Bagaiamanapun, 19 saksi sudah disoalsiasat.

Mereka terdiri daripada anggota GIDI yang menyerang dan juga penduduk Islam yang menunaikan solat.

Pada masa sama, polis juga berusaha mencari orang yang bertanggungjawab mengedarkan surat melarang umat Islam menunaikan solat Aidilftri pada hari berkenaan.

Kejadian itu mengundang kecaman umat Islam. Ada pertubuhan Islam, termasuk Front Pembela Islam (FPI) menggesa supaya dilancarkan jihad di Tolikara.

Ia menyebabkan beberapa pemimpin pertubuhan Kristian mengunjungi tokoh Islam Hasyim Mazadi di Kota Malang, meminta campur tangannya meredakan kemarahan umat Islam.- myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan