Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kes Abu Sayyaf, pertuduhan Jumaat ini

ANGGOTA polis mengiringi tertuduh, Marsan Ajilul @ Anuar Mohamad Asnalul di Mahkamah Majistret, Kota Kinabalu. – Foto Edmund Samunting

 

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan Jumaat ini sebagai tarikh baharu pertuduhan terhadap seorang lelaki berhubung tuduhan menyertai Kumpulan Abu Sayyaf di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Penolong Pendaftar Mahkamah Kota Kinabalu, Cindy Mc Juce Balitus, menetapkan tarikh baharu itu terhadap tertuduh, Marsan Ajilul @ Anuar Mohamad Asnalul, 31, selepas menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Wan Farrah Farizah Wan Ghazali.

Terdahulu tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai jurukimpal dan tidak diwakili peguam, didakwa atas dua pertuduhan di hadapan Cindy.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa sebagai anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, di sini pada 31 Julai 2012 hingga 15 Mei 2018 dan dituduh mengikut Seksyen 130 KA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup dan denda.

Bagi pertuduhan kedua, warga Filipina itu didapati tidak memiliki sebarang pas yang dikeluarkan mengikut undang-undang masuk ke negara ini sekitar Ogos 2017 hingga 15 Mei 2018 di IPK Sabah dan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan