Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERUSI SUNGAI SIBUGA AKAN DIKOSONGKAN SEKIRANYA WAKIL RAKYAT TIDAK ANGKAT SUMPAH MENJELANG 11 SEPT: SPEAKER

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Syed Abas Syed Ali (kanan) bersama Timbalan Speaker Dewan, Datuk Ahmad Abdul Rahman ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Kali Ke-15 di Bangunan DUN Sabah, di Kota Kinabalu. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman diberikan sehingga 11 September ini untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dan sekiranya beliau tidak hadir dalam tempoh sebelum tarikh itu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sibuga akan diisytiharkan kosong.

Menyatakan perkara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Syed Abas Syed Ali berkata, keputusan itu adalah berdasarkan perlembagaan negeri yang memberi tempoh selama tiga bulan kepada ADUN untuk mengangkat sumpah semasa sidang DUN yang pertama.

“Sidang DUN pertama telah diadakan pada 11 Jun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dan beliau (Musa) mempunyai masa sehingga 11 September ini untuk mengangkat sumpah.

 

Berdasarkan Artikel 22 (2) Perlembagaan Negeri Sabah, kerusi yang dimenangi seseorang wakil rakyat boleh diisytiharkan kosong oleh speaker jika wakil rakyat berkenaan gagal mengangkat sumpah sebagai anggota DUN Sabah dalam tempoh tiga bulan selepas persidangan pertama DUN Sabah. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

“Mengikut Artikel 22 (2) Perlembagaan negeri, kerusi DUN Sungai SIbuga akan dianggap kosong jika ADUN gagal mengangkat sumpah jawatan dalam masa tiga bulan,” katanya kepada ketika ditemui selepas berakhirnya Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang berlangsung selama dua hari di Bangunan DUN Sabah, hari ini.

Hadir sama dalam pertemuan itu ialah dua Timbalan Speaker, Datuk Ahmad Abdul Rahman dan Datuk George Ginibun.

Pada 26 Jun lalu, Musa mengesahkan beliau berada di United Kingdom (UK) untuk menjalani rawatan dan menafikan telah meninggalkan negara ini secara tidak sah serta menjadi buruan pihak berkuasa.

Musa turut mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mencabar pelantikan Datuk Mohd. Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri pada 12 Mei lalu oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin. Mahkamah dijangka membuat keputusan mengenai keputusan itu pada 3 September ini.

Ditanya sama ada beliau mempertimbangkan permohonan bekas ketua menteri itu untuk diberikan lebih banyak masa disebabkan masalah kesihatan, Syed Abas berkata, Musa telah mempunyai cukup masa dan perlu kembali ke Sabah untuk mengangkat sumpah.

Tambah beliau lagi, Musa tidak perlu menunggu Sidang DUN akan datang untuk mengangkat sumpah.

“Jika beliau kembali ke Sabah, beliau boleh berbuat demikian di hadapan saya atau timbalan. Perkara ini termaktub di bawah Perintah Tetap. Keputusan Speaker adalah berdasarkan undang-undang,” ujarnya sambil mengesahkan telah menerima surat daripada Musa menerusi wakilnya untuk mengemukakan permohonan lanjutan tempoh itu.

Mengenai saranan beberapa pihak agar kerusi Sungai SIbuga segera dikosongkan memandangkan Musa tidak menghadirkan diri dalam tiga Sidang DUN berturut-turut, Syed Abas berkata, peruntukan di bawah Seksyen 18 (2) (c) tidak digunakan dalam kes Musa.

Ini kerana katanya, klausa tanpa kebenaran adalah untuk ADUN yang telah mengangkat sumpah, beliau (Musa) belum berbuat demikian. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan