Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kertas siasatan kejadian tembak di Pom-Pom dibuka

Hajiji (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kuih muih kepada Awang Sahari  (kiri) ketika majlis penyerahan kuih-muih kepada pasukan keselamatan di Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Hajiji (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kuih muih kepada Awang Sahari (kiri) ketika majlis penyerahan kuih-muih kepada pasukan keselamatan di Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Pihak berkuasa akan membuka kertas siasatan berhubung kejadian tembak-menembak di perairan negara di Pulau Pom-Pom, Semporna pada awal pagi 30 Jun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata, dalam insiden kira-kira pukul 3 pagi itu, dua pasukan keselamatan yang bertugas membuat pemantauan di pangkalan di pulau tersebut mengesan kehadiran sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan negara.

“Anggota kita telah memberikan isyarat dengan menyuluhkan lampu picit sebagai tanda amaran, namun berdasarkan kenyataan mereka (anggota pasukan) bahawa ada bunyi dua tembahan dilepaskan dari arah bot berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfiri kepada anggota pasukan keselamatan di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, di sini hari ini.

Awang Sahari berkata, ekoran tindakan oleh suspek, anggota keselamatan kemudian membalas tembakan ke arah bot itu bertujuan mempertahankan diri dan peristiwa (berbalas tembakan) itu berlaku dalam masa dua minit.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, dalam pemeriksaan yang dijalankan keesokan harinya di kawasan itu, pihak mendapati tiada tanda kecederaan atau kematian.

Beliau menjelaskan, jarak di antara bot tersebut dan pos kawalan keselamatan di pulau itu dianggarkan 150 meter sambil menambah siasatan akan dijalankan bagi menyiasat insiden itu.

“Ia merupakan satu insiden yang kita rasa macam ada salah faham, mungkin kita tak berapa jelas. Oleh itu, kita akan siasat perkara ini,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan