Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kertas putih keselamatan Sabah akan diumumkan

kertasputih

KUALA LUMPUR: Kertas putih berhubung isu keselamatan di Sabah termasuk insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu hanya diumumkan selepas siasatan lengkap.

Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (BN-Sembrong) berkata, maklumat siasatan mengenai isu keselamatan di Sabah membabitkan pelbagai pihak menjurus pada penyediaan kertas putih dan tiada sebab ia tidak diumumkan pada orang ramai selepas ia lengkap.

“Saya percaya semua pihak bukan saja Filipina tetapi negara jiran lain bekerjasama dan melihat ancaman dunia tanpa sempadan hari ini sebagai ancaman baru yang menuntut kita melihat semula cara untuk kita pastikan keselamatan dan peranan ketenteraan,” katanya di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Beliau menjawab soalan tambahan Tian Chua (PKR-Batu) pada sesi pertanyaan lisan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa).
Hishammuddin berkata, ancaman di Sabah merangkumi aspek pengganas, penyeludupan, penculikan, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan rasuah sebagai ancaman dalaman yang perlu ditangani.

Komen


Berita Berkaitan