Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerosakan Teknikal Dipercayai Punca Jentera Berat Jatuh Gaung Di Ranau

KEADAAN jentera berat yang terhumban ke dalam gaung di Kampung Paus, Ranau, kelmarin. - Foto Ihsan JBPM Sabah
KEADAAN jentera berat yang terhumban ke dalam gaung di Kampung Paus, Ranau, kelmarin. – Foto Ihsan JBPM Sabah

RANAU : Kerosakan teknikal yang dialami sebuah jentera berat jenis grader ketika menaiki bukit di Kampung Paus dekat di sini petang semalam dipercayai menjadi punca ia jatuh ke dalam gaung sehingga menyebabkan pemandunya terbunuh manakala kelindannya cedera parah.

Ketua Polis Daerah Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata akibat kerosakan teknikal berkenaan, jentera berat yang dipandu dari arah Tompios ke Kampung Paus berkenaan, terundur dan gagal dikawal lalu terbabas ke dalam gaung pada jam 3.35 petang.

Katanya dalam kejadian berkenaan mangsa yang terbunuh akibat kecederaan teruk di seluruh badan dikenali sebagai James @ Everitus Juking, 61, manakala Johny Joseph Herman Yosep, 25, mengalami kecederaan di kaki, tangan, badan dan kepala.

James disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Johny sedang dirawat di Hospital Ranau dan masih belum sedarkan diri, kata Mohd Farhan Lee dalam kenyataannya hari ini.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan