Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERNEL DRYER KILANG SAWIT TERBAKAR

Dryer Kennel Kilang Sawit Nak Batu 19 Sandakan yang terbakar pagi ini. -Gambar SNT/Ehsan Bomba

SANDAKAN: Sebuah Dryer Kernel Kilang Sawit Nak Batu 19 Sandakan terbakar pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Sandakan Hasmizan Maksit berkata, kebakaran berkenaan hanya melibatkan sebuah mesin pengering sawit dan tidak melibatkan struktur bangunan.

Katanya, ketika kejadian, pasukan Emergency Response Team (ERT) kilang tersebut telah bertindak awal memadamkan kebakaran sebelum pasukan Bomba tiba.

Jelasnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan berkenaan pada jam 6.08 pagi dan menggegaskan anggota PPB bersamanya ke lokasi.

“Sejuru tiba di lokasi pasukan Bomba mengambil alih operasi dan seterusnya memastikan keadaan terkawal serta selamat.

Pasukan Bomba Sandakan mengambil alih operasi memadamkan api pada mesin pengering sawit kilang berkenaan. -Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Tiada kecederaan mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, operasi terkawal pada jam 07.17 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 07.56 pagi. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan