Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerjaya Akim Terjejas Kerana Dituduh ‘Lalok’

akim

PETALING JAYA – Penyanyi Akim Ahmad mengaku kerjayanya terjejas selepas timbul tuduhan kononnya dia terlibat dengan penyalahgunaan dadah ketika melakukan persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik pada 28 November 2014.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata, perkara itu memberi impak besar dalam kerjayanya apatah lagi untuk meyakinkan klien selain memulihkan maruah keluarga.

“Kesannya terlampau besar dalam kerjaya seni saya, terutamanya pada klien-klien saya. Walaupun ia hanya khabar angin namun selepas dikaitkan dengan najis dadah, ia benar-benar menjejaskan saya.

“Bagaimanapun, saya sudah maafkan orang yang membuat tuduhan itu,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas Showcase Hafiz & Friends, di Hard Rock Cafe, dekat sini, Ahad lalu.

Akim berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan kerjayanya selepas terkait dengan kontroversi ‘lalok’.

Selain itu, ada juga dakwaan namanya di ketepikan oleh pihak penganjur yang menganggap dia mempunyai reputasi buruk.

Dalam pada itu, Akim meminta agar pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan mengambil perkara itu sebagai serius.

“Ia berkaitan dadah dan itu masalah serius yang boleh merosakkan kerjaya seseorang artis. Saya harap lepas ini orang yang membuat fitnah itu akan lebih berhati-hati,” katanya.

Dalam pada itu, Akim yang baharu sahaja pulang menunaikan umrah pada 20 Januari lalu enggan berkongsi cerita sepanjang berada di Tanah Suci tersebut.

Dia tidak mahu dituduh sengaja ingin menunjuk-nunjuk apabila melakukan ibadah.

“Biarlah saya simpan cerita di sana kerana ia adalah ibadah dan tangungjawab saya sebagai umat Islam. Saya pergi selama sepuluh hari bersama ibu ayah dan adik saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Akim berkata, dia bersama kumuplan The Majestret bakal keluar dengan single terbaharu berjudul Potret dalam masa terdekat.

Kata Akim, dia kini lebih selesa untuk bergerak secara berkumpulan berbanding solo.

“Buat masa ini saya lebih suka membuat persembahan dalam kumpulan kerana vibe dia lain dan saya rasa lebih yakin berbanding persembahan dengan menggunakan minus one sahaja.

“Kalau ada tawaran persembahan juga saya lebih memberi keutamaan kepada yang meminta saya secara berkumpulan,” katanya. – mStar Online

Komen


Berita Berkaitan