Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerjasama tingkatkan infrastruktur sukan Sabah

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri menyeru kerjasama semua pihak termasuklah sektor swasta dan syarikat- syarikat GLC bagi meningkatkan pembangunan sukan di Sabah.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata pihaknya mengalu- alukan sektor swasta untuk turut menyumbang kepada pembangunan infrastruktur sukan di negeri ini.

” Contohnya, di sekitar Bandar Indah, Tawau terdapat sebuah mini kompleks telah dibina oleh Hap Seng Properties untuk digunakan oleh seluruh masyarakat di Bandar Indah dan sekitarnya,” katanya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Adun Kuala Penyu berkenaan status naiktaraf padang bola sepak di setiap kampung di daerah Kuala Penyu, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, disini, hari ini.

Menurut beliau, pembangunan sukan di negeri ini bukan hanya tanggungjawab pihak kementerian semata- mata tetapi ia merupakan tanggungjawab semua pihak.

” Kita telah terapkan dalam satu perancangan ‘ Blueprint’ Sukan Negeri Sabah dengan kerjasama daripada para akademik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi memikirkan cara agar semua pihak memainkan peranan masing- masing dalam memastikan pembangunan sukan di negeri ini,” katanya.

Selain itu, Tawfiq berkata bahawa pembinaan kompleks sukan atau mini kompleks sukan di setiap daerah akan dilaksanakan secara berperingkat.

” Saya telah menyebutkan perkara ini dalam ucapan penggulungan kelmarin. Pembinaan kompleks sukan atau mini kompleks di daerah Tuaran, Semporna, Nabawan, Tongod dan Papar (tahun 2016- 2021). Manakala, daerah Kunak, Kinabatangan, Kota Marudu dan Daerah Kecil Sook (tahun 2022- 2025) serta pembinaan kompleks sukan di daerah Tungku, Pitas, Matunggong dan Kuala Penyu bermula tahun 2026 hingga tahun 2031.

” Saya ingin memaklumkan bahawa ini hanya perancangan blueprint untuk infrastruktur kompleks sukan atau mini kompleks untuk setiap daerah,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan