Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerjasama semua pihak tingkat sosio ekonomi rakyat

Musa (dua dari kanan) diperhatikan oleh Sapawi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di majlis tersebut.
Musa (dua dari kanan) diperhatikan oleh Sapawi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di majlis tersebut.

 

SANDAKAN – Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan sosio ekonomi rakyat di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Sapawi Ahmad berkata, organisasi itu bersedia menjalinkan kerjasama bukan hanya dengan jabatan atau agensi kerajaan tetapi juga sektor swasta dalam memajukan lagi ekonomi masyarakat tempatan di Sabah.

“Kerjasama yang terjalin itu akan membolehkan usaha membantu meningkatkan sosio ekonomi rakyat dilaksanakan khususnya di luar bandar,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa KYS bersama Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Masjid Al-Fajr, Taman Fajar, di sini semalam.

Mengenai program berbuka puasa itu, Sapawi memberitahu setiap tahun sebanyak 60 buah masjid di negeri ini dipilih untuk program tersebut.

Hadir sama pada majlis tersebut Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Zakaria Mohd Edris; Ahli Parlimen Libaran Datuk, Juslie Ajirol, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Charles Pang dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk James Wong.

Dalam pada itu, Sapawi berkata, persefahaman rakyat pelbagai anutan agama dan kaum turut menjadi tumpuan organisasi tersebut bagi memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terus kukuh dan berkembang.

“Kita turut menitiberatkan soal perpaduan dan persefahaman rakyat serta berusaha melaksanakan tanggungjawab agar perpaduan dan persefahaman rakyat itu terus berkembang kukuh,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan