Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerjasama semua pihak perlu tangani rasuah Musa

musa aman

KOTA KINABALU 20 Ogos – Kerajaan negeri sentiasa menyokong penuh usaha-usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangi gejala rasuah dalam kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kepentingan untuk memerangi rasuah penting agar PBT terus dihormati masyarakat selain dapat memastikan misi tugas dan tanggungjawab itu dicapai dengan jayanya.
“Kita sedar, kepentingan untuk `memerangi rasuah’ bukan hanya atas dasar prinsipnya, tetapi juga sebagai faktor utama dalam memacu kemajuan negara. Sehubungan itu, kerajaan telah menjadikan aspek itu sebagai keutamaan di bawah PRogram Transformasi Kerajaan (GTP),” katanya ketika berucap dalam majlis 1Suara 1Jalinan Agensi Penguatkuasaan anjuran SPRM Negeri Sabah, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dan ketua-ketua jabatan Persekutuan dan negeri.
Musa berkata, tidak dinafikan bahawa setiap agensi penguatkuasaan di negara ini tidak pernah terlepas daripada ancaman rasuah dalam kalangan anggota penguatkuasaannya.
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan, cabaran tersebut boleh diatasi menerusi penerapan nilai integriti dan sifat amanah dalam diri seseorang itu dapat menjadi benteng daripada terpengaruh dengan rasuah.
“Ia sekaligus memastikan kejayaan agensi mahupun jabatan penguatkuasa itu dalam melaksanakan tugas selain bebas rasuah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Musa berkata, dalam pelaksanaan Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memerangi rasuah terdapat beberapa Indeks Petunjuk Utama Nasional (NKPI) yang merangkumi prestasi dan pelaksanaan seperti Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan Global Corruption Barometer (GCB) yang dikendalikan oleh Transparency International.
Beliau berkata, ia meliputi penyelesaian perbicaraan kes rasuah dalam masa satu tahun, indeks akauntabliti dan pangkalan data pesalah rasuah.
“Oleh itu, saya menggesa kepada semua agar menyokong usaha yang dilakukan SPRM dalam membanteras rasuah. Tindakan serius perlu bagi mengatasi salah laku yang melibatkan isu integriti,” jelas beliau.

 

Komen


Berita Berkaitan