Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerjasama semua pihak penting bagi membendung wabak Zika

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri menyeru kerjasama semua pihak bagi membendung wabak Zika dari terus menular di negeri ini.

Berikutan kes wabak Zika di Likas, baru-baru ini, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hjh. Jainab Ahmad Ayid, berkata kerjasama semua pihak termasuklah pembabitan agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan dalam menjaga kebersihan di kawasan setempat amat diperlukan.

“Kita tidak boleh mengharapkan satu pihak sahaja untuk membendung masalah seperti virus Zika ini,”katanya dalam satu sidang media sempena Sabah Beautex 2016, di pejabatnya, disini, hari ini.

Tambahnya, orang ramai memberi perhatian kepada wabak Zika dan jangan sesekali ambil ringan mengenai perkara berkenaan.

Jainab turut mengiingatkan orang ramai khususnya ibu mengandung agar membuat pemeriksaan segera sekiranya terdapat simptom wabak Zika.

“Orang ramai yang mempunyai simptom wabak berkenaan perlu membuat pemeriksaan dengan kadar yang segera.

“Selain itu, para ibu mengandung yang mempunyai simptom juga dinasihati membuat pemeriksaan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan