Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerjasama semua pihak diperlukan dalam melahirkan pemain berkualiti tinggi- Joh

5:17pm 19/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 13 views Sukan,Tempatan
Kenangan...Modhd Joh merakamkan gambar kenangan bersama para pemain.

Kenangan… Joh merakamkan gambar kenangan bersama para pemain.

KOTA KINABALU- Pasukan bola sepak Sabah mampu melahirkan pemain berkualiti tinggi sekiranya semua pihak terus bekerjasama dengan penuh komited terutamanya dalam merancang dan melaksanakan agenda pembangunan bola sepak negeri ini menerusi gerak kerja yang lebih bersistematik, kata Setiausaha Poltik Kementerian Kewangan, Mohd Joh Wid.

Katanya, Sabah pernah melahirkan pemain bola sepak ternama yang telah mewakili negara dalam pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa. Selain James Wong dan Hassan Sani, nama-nama lain yang pernah lahir daripada kejohanan ini dan turut membawa kemasyhuran kepada bola sepak negeri dan negara adalah seperti Peter Rajah, Razali Zinin dan Matlan Marjan.

Beliau berkata sukan bola sepak kini bukan lagi rekreasi atau hobi tetapi telah menjadi industri. Pemain profesional menerima gaji yang tinggi.

Katanya pemain yang hebat mendapat tawaran lumayan dari kelab-kelab ternama bukan saja dari dalam negara tapi juga kelab antarabangsa.

“Peluang seperti ini perlu diambil oleh pelajar dan ibu-bapa kerana sukan ini boleh menjamin masa depan. Walau bagaimanapun kecemerlangan akademik juga perlu bagi setiap individu. Semangat kental dan usaha yang bersungguh-sungguh seperti inilah resepi sebenar lahirnya bakat baru yang kita harapkan. Segalanya bermula dari sekolah.

“Harapan saya semua sekolah berusaha meningkatkan kualiti bola sepak di negeri ini. Sesungguhnya negeri Sabah sangat memerlukan usaha semua peringkat bagi meningkatkan mutu bola sepak kita yang kini dalam kedudukan yang tidak menentu, tambahnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kejohanan Bola Sepak Msss Zon Manggatal Kota Kinabalu di Padang SK Malawa Kota Kinabalu.

Joh yang juga Setiausaha UMNO bahagian Sepanggar turut memuji semangat beberapa buah sekolah yang tidak mempunyai kemudahan asas yang cukup seperti padang bola dan peralatan tetapi bersemangat membentuk pasukan bola yang mantap dan mampu bersaing dengan sekolah yang serba lengkap.

“Saya percaya dan yakin bakat-bakal baru dibawah umur 12 tahun boleh digilap ibarat melentur buluh biarlah dari rebung, dan usaha sebegini lebih berhasil untuk melahirkan pemain yag berkualiti dan bersemangat tinggi.

“Saya juga menyarankan agar lebih banyak kejohanan bola sepak dianjurkan terutamanya di peringkat umur bagi mencungkil lebih ramai pemain berbakat untuk diketengahkan dalam pertandingan bola sepak tempatan mahupun antarabangsa,” ujarnya.

Beliau juga mengucapkan tahniah di atas usaha berterusan melahirkan pemain bola sepak berkualiti di kalangan pelajar di seluruh pelusuk negeri Sabah.-SayangSabah

Terima kasih...Mohd Joh menerima cenderahati daripada pihak penganjur.

Terima kasih…Mohd Joh menerima cenderahati daripada pihak penganjur.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan