Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerjasama semua pihak diperlukan atasi serangan serangga perosak- Yahya

6:04pm 16/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 4 views Tempatan
Yahya (tengah) menerima cenderamata daripada Idrus sambil diperhatikan oleh Evenni Poili.

Yahya (tengah) menerima cenderamata daripada Idrus sambil diperhatikan oleh Evenni 

KOTA KINABALU- Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin memyeru kerjasama semua pihak yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung dalam aktiviti pertanian supaya mengambil langkah proaktif dalam mengatasi masalah perosak.

Yahya yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata, prestasi dan produktiviti tanaman pertanian boleh dipengaruhi pelbagai faktor seperti masalah serangan serangga perosak.

Tambahnya, keadaan iklim negara yang kering dan lembap menggalakkan pembiakan perosak tanaman, ternakan dan akuakultur sehingga menjejaskan pengeluaran dan eksport.

“Permintaan pengguna hari ini untuk makanan yang selamat dan berkualiti adalah sangat tinggi. Oleh itu pengeluaran makanan untuk memenuhi permintaan bukanlah tugas yang mudah bagi seorang petani biasa.

” Masalah perosak dan penyakit, kesuburan tanah dan pembajaan tanaman serta isu-isu lain yang berkaitan dengan pengeluaran tanaman perlu difahami dan dipenuhi untuk memenuhi standard dan keperluan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Perasmian Seminar Pengurusan Serangga Perosak dan Penyakit Tanaman Pertanian, disini, hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Negeri komited dalam memperkasakan sektor pertanian di Sabah yang menjadi penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pertanian Malaysia.

Yahya berkata, pihaknya telah mencadangkan beberapa strategi dan pendekatan untuk mencapai matlamat tersebut.

“Antaranya, keperluan untuk memodenkan sektor ini, meningkatkan produktiviti dan output, menghasilkan produk bernilai tambah, meningkatkan mutu produk (keluaran), mengurangkan kebergantungan kepada import produk makanan dan memperkenalkan konsep “zoning” contohnya seperti kawasan Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (T KPM) dan Kawasan Tumpuan Pengeluaran Makanan (KTPM),” katanya.

Dalam masa sama, seramai 100 peserta menyertai seminar yang berlansung selama dua hari itu yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Sabah dengan kerjasama Persatuan Saintis Pertanian Sabah (Society of Agriculture Scientists Sabah-SASS).

Yahya berkata, seminar itu bertujuan memberi maklumat dan membincangkan isu-isu semasa tentang masalah perosak dan penyakit dalam industri pertanian serta yang berkaitan dengan industri tersebut.

“Ia juga bertujuan memberi peluang kepada para penyelidik, saintis dan yang berkepentingan dalam industry pertanian untuk bertukar-tukar data, idea dan pengalaman dalam merealisasikan pertanian yang mapan dari segi pengeluaran hasil dan selamat di makan,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Pertanian Sabah, Idrus Shafie, Setiausaha SASS, Evenni Poili.- Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan