Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERJASAMA RAKYAT SABAH PERLU DALAM MEMASTIKAN KESELAMATAN SEMPADAN – NC UMS

nc

KOTA KINABALU, 25 Feb  : Rakyat Malaysia khususnya di Sabah perlu mewujudkan dan memperkukuh kerjasama serta interaksi antara satu sama lain bagi memastikan keamanan juga keselamatan sempadan di negeri ini terjamin.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata kedua-dua elemen ini merupakan kawalan dalaman yang paling tinggi nilainya terutama dalam konteks keselamatan di Pantai Timur Sabah.

Beliau berkata tidak dinafikan undang-undang berperanan penting dalam menjaga sempadan dan keselamatan negara, namun, ia masih terancam sekiranya tidak wujud kerjasama dan interaksi proaktif antara masyarakat setempat.

“Kejayaan kita dalam usaha membanteras jenayah tanpa sempadan tidak akan berjaya sekiranya kita hanya bergantung harap kepada pihak berkuasa semata-mata,” katanya ketika berucap merasmikan seminar Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan Sabah (SASSREC) di sini, hari ini.

Bertemakan ‘Sempadan dan Keselamatan Sabah’, seminar dua hari itu antara lain bertujuan menghasilkan perbincangan dan perkongsian maklumat bagi tujuan melindungi serta meningkatkan tahap kestabilan sosio-politik di Malaysia khususnya Sabah.

Turut terlibat dalam seminar ini ialah Pusat Kajian Remote Sensing dan GiS (CERGis), Pusat Kajian Pulau-pulau Kecil UMS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohd Harun berkata kemajuan dan kesejahteraan yang dikecapi rakyat Sabah ketika ini menjadi antara faktor tarikan kepada penjenayah merentas sempadan.

“Penjenayah-penjenayah ini mencari ruang untuk hidup dengan cara mudah dan singkat dengan mengeksploitasi kemakmuran juga pembangunan yang dinikmati rakyat Sabah. Sikap ini harus ditangani dan dibendung,” katanya.

Untuk itu, katanya, masyarakat, pihak berkuasa dan institusi pengajian tinggi perlu bekerjasama menyumbang tenaga atau idea dalam memastikan keamanan, keselamatan dan sempadan lebih terjamin secara empirikal dan intelektual.

“Menerusi seminar ini ia mampu memberi pendedahan kepada para peserta seminar mengenai pentingnya berganding bahu memastikan insiden yang berlaku di Pantai Timur Sabah dapat ditangani dengan lebih berkesan,” katanya. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan