Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerjasama polis, masyarakat tangani kes jenayah

Douglas (tengah) sedang mendengar pemasalahan dari seorang peniaga di pekan Bingkor.
Douglas (tengah) sedang mendengar pemasalahan dari seorang peniaga di pekan Bingkor.

KENINGAU – Pihak berkuasa tempatan akan mencari pendekatan terbaik dan sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapi penduduk di daerah ini terutama dalam memerangi jenayah di tempat mereka secara bersepadu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Douglas Taong berkata, lawatan ke premis-premis perniagaan melalui Program Jelajah Kampung Komuniti Kepolisan Polis Diraja Malaysia yang diadakan baru-baru ini, bertujuan memberi penerangan dan kaedah terbaik mencegah jenayah.

“Pada masa sama, saya bersama para pegawai turut mengadakan perbincangan secara ringkas bersama ketua kampung, pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan anggota Rela berkaitan peraturan yang perlu dipatuhi dan diikuti ketika melakukan pencegahan jenayah di kawasan mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengenai Program Jelajah Kampung Komuniti Kepolisan Polis Diraja Malaysia, beliau berkata, ia mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat di kawasan itu.

Menurutnya, program itu lebih berkesan memandangkan ia mesra dengan masyarakat yang berada di tempat yang dilawati sambil memberikan penerangan mengenai cara pencegahan jenayah.

Douglas menjelaskan, objektif program itu bertujuan mendekati masyarakat dengan kaedah kunjungan mesra ke kawasan premis perniagaan dengan memberikan penerangan kesedaran pencegahan jenayah serta tanggungjawab masyarakat.

Katanya, dalam program itu, pihaknya bukan sahaja mengunjungi kawasan pekan malah, ia diperluaskan hingga ke pelusuk kampung di kawasan pedalaman daerah itu.

Melalui kunjungan itu juga, beliau yakin maklum balas dari masyarakat berhubung kes jenayah yang berlaku di tempat mereka dapat ditangani bersama pihak, tambahan pula, jelasnya, polis ingin menyelami pemasalahan penduduk setempat terutama gejala sosial tidak sihat di kalangan belia. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan