Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerjasama PIBG, sekolah tingkat pencapaian murid : Mizma

Sumbangan…..Mizma menyampaikan sumbangan RM10,000 dari Tabung Pendidikan Anak-anak Silam Pergerakan Wanita UMNO Silam kepada SMK Terusan Lahad Datu.

 

Lahad Datu : Kerjasama erat antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar di sesebuah sekolah.

 

Ketua Wanita UMNO bahagian Silam, Mizma Appedullah berkata, PIBG yang mewakili suara ibu bapa turut mempunyai peranan sejajar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

 

“Melalui PIBG banyak program serta aktiviti boleh disusun bagi me­ngatasi kekurangan yang ada terma­suk memohon kemudahan asas yang masih diperlukan pihak sekolah.

 

“Sekolah tentunya bertuah kerana memiliki kepimpinan PIBG yang dapat berganding bahu setiap masa serta bersedia untuk menjalankan aktiviti termasuk mengumpul dana,” katanya.

 

Beliau berkata semasa Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya warga SMK Terusan, Lahad Datu baru-baru ini.

 

Yang turut hadir, Pengerusi PIBG SMK Terusan, Matlin A. Mutalib, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekolah.

 

Menurut Mizma warga pendidik terutama guru di sekolah kebangsaan punyai peluang luas bagi menggerakkan hala tuju sistem pendidikan negara lebih inovatif dalam aspek alat bantuan mengajar.

 

Jelasnya guru-guru yang mengajar di bandar berdepan cabaran berbeza serta perlu bijak mengambil peluang yang lebih kreatif dan berinovasi dalam pengajaran di sekolah.

 

Katanya, hasrat kerajaan melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) merupakan langkah ke hadapan yang tepat untuk mendepani keadaan dan pembangunan sosial negara yang begitu dekat dengan dunia pendidikan.

 

“Hal ini disebabkan generasi era tersebut datangnya daripada murid-murid yang berada di bangku sekolah sekarang yang akan mencorak negara tahun 2050,”ujarnya.

 

Pada majlis itu, Mizma menyampaikan anugerah Guru Terbaik dan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta penyampaian Wang Bantuan Awal Persekolahan RM100.00.

 

Beliau turut menyampaikan sumbangan RM10,000 dari Tabung Pendidikan Anak-anak Silam Pergerakan Wanita UMNO Silam kepada SMK Terusan Lahad Datu./SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan