Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerjasama pertahanan Malaysia Amerika Syarikat diteruskan

11:07pm 05/11/2015 Ann Vivien 139 views Politik,Tempatan
Hishamuddin and his counterpart

Hishamuddin and his counterpart

KOTA KINABALU:Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein menerima kunjungan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Dr.Ashton Carter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Teluk Sepanggar hari ini.

Menurut beliau kunjungan itu membincangkan kemajuan kerjasama aspek pertahanan antara Malaysia dan Amerika berikutan kejayaan latihan dua hala pada tahun ini yang melibatkan  KERIS STRIKE, CARAT, GPOI CAPSTONE, DCAT dan COPE TAUFAN dan akan menyusul satu lagi latihan ketenteraan dinamakan MALUS AMPHEX yang dijadual akan bermula pada akhir November tahun ini.

“Malaysia juga akan sentiasa memberikan komitmen untuk menyokong jalinan kerjasama bagi  mengukuhkan hubungan pertahan antara kedua-dua negara, berikutan perkembangan positif hubungan dua hala sebelum ini, “katanya.

Di sebelah pagi beliau juga menerima kunjungan Menteri Pertahanan China Jeneral Chang Wanquan yang membincangkan aspek landskap keselamatan global yang sentiasa berubah dan kepentingan strategik hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Beliau turut menyatakan kedua-dua pihak memuji kejayaan latihan ketenteraan pertama melalui latihan yang dinamakan  ‘Peace and Friendship’ yang melibatkan angkatan tentera kedua-dua negara pada bulan September yang lalu.

“Malaysia dan China percaya bahawa usaha itu akan dipertingkatkan pada masa akan datang bagi mengukuhkan hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara,”katanya.

Dalam pertemuan tersebut, beliau turut mengundang Dr.Ashton Carter dan Jeneral Chang Wanquan untuk menghadiri Persidangan dan  Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2016 yang dijadual akan berlangsung  pada 18 hingga 21 April tahun hadapan.- Oleh Leolerry Lajius/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan