Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerjasama NGO penting dalam proses pembelajaran dan praktis pekerja sosial

9:00pm 16/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 58 views Tempatan
Dr Dahlan (ketiga dari kanan) merasmikan Majlis Sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia 2016 peringkat Universiti Malaysia Sabah

Dr Dahlan (ketiga dari kanan) merasmikan Majlis Sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia 2016 peringkat Universiti Malaysia Sabah

KOTA KINABALU- Kerjasama Badan- Badan Bukan Kerajaan (NGO) penting dalam proses pembelajaran dan praktis bukan sahaja para pelajar malah bakal pekerja sosial profesional pada masa hadapan.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali, Kerja Sosial merupakan satu profesion yang meliputi perkhidmatan yang berfokus untuk menangani masalah, meningkatkan kefungsian sosial dan menggalakkan pencapaian taraf kehidupan berkualiti setiap individu, keluarga, kumpulan serta komuniti.

“Kerja Sosial amat penting dalam membekalkan perkhidmatan profesional yang berteraskan pengetahuan kerja sosial, nilai dan prinsip kerja sosial, etika profesion dan intervensi yang holistik,”katanya.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS, Prof. Madya Dr. Mohd Dahlan Ab. Malek sempena
Majlis Perasmian Sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia 2016 Peringkat Negeri Sabah UMS, disini, hari ini.

Menurut beliau, program- program seperti ini hendaklah diambil berat oleh semua pihak bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif dalam kalangan mahasiswa UMS sepanjang tempoh pengajian di peringkat universiti.

“Sambutan ataupun hari peringatan seperti ini adalah perlu dilakukan bagi menghargai kerja- kerja dan amalan- amalan yang telah dilakukan oleh para pekerja sosial di komuniti tempatan kita serta mahasiswa kerja sosial di UMS khususnya dan di seluruh dunia amnya,” katanya.

Terdapat juga aktiviti seperti program derma darah, car boot sale, pameran daripada agensi dan pertubuhan bukan kerajaan serta program bersama anak yatim turut diadakan bersempena majlis itu.

Disamping itu, terdapat beberapa buah NGO turut hadir termasuk Pusat Kebajikan Good Shepherd Sabah, Kumpulan Daya Tindakan Wanita Sabah (SAWO), Buddist Tzu Chi Foundation Malaysia (Kota Kinabalu), Persatuan Rumah Amal Sabah, Persatuan Kesihatan Jiwa Sabah, Persatuan Paliatif Kota Kinabalu dan Persatuan bagi Orang- Orang Pekak Sabah. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan