Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerjasama Najib, Muhyiddin tunjang kekuatan UMNO

Armani (tengah) menerima cendera kenangan daripada Ketua Wanita UMNO Bahagian Beluaran, Endang Datu Asibi, selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Beluran, di Dewan Serbaguna Beluran.
Armani (tengah) menerima cendera kenangan daripada Ketua Wanita UMNO Bahagian Beluaran, Endang Datu Asibi, selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Beluran, di Dewan Serbaguna Beluran.

BELURAN – Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Armani Mahiruddin mengingatkan ahli jawatankuasanya agar memberi fokus kepada gerak kerja dan perjuangan parti.

Beliau berkata, Wanita mempunyai peranan lebih besar untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dan pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Wanita UMNO yang mempunyai ahli paling ramai dan golongan wanita juga adalah pengundi terbesar. Peranan kita sebagai penggerak itu sangat penting. Oleh sebab itu, saya mahu Wanita memberi fokus kepada usaha gerak kerja dan kukuhkan hubungan sesama ahli,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Beluran, di Dewan Serbaguna Beluran, di sini hari ini.

Berucap dihadapan kira-kira 331 perwakilan, Armani turut menyatakan sokongan Wanita terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Armani yang juga Exco Wanita UMNO turut mengingatkan agar Wanita tidak terikut dengan permainan pembangkang dalam menyebarkan isu berbaur fitnah.

“Kita harus ada pendirian. Tidak mudah terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang suka menyebarkan fitnah. Parti pembangkang di Sabah tidak mempunyai akar yang kuat sebab itu tidak pernah bertahan lama. Namun, kita jangan alpa dan lalai,” tegasnya.

Armani menambah, kerjasama antara Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti masih diteruskan dan akan menjadi tunjang utama kekuatan UMNO untuk mengembalikan sokongan rakyat.

Beliau optimis, kepimpinan parti yang ada hari ini matang dan bertanggungjawab. Oleh itu, beliau percaya Najib dan Muhyiddin akan terus bekerjasama dan menerima pandangan daripada sesiapa sahaja.

Selain itu, Armani yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri juga meletakkan sokongan Wanita kepada Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Kita akan sentiasa bekerjasama dengan beliau dalam memperkasakan dasar-dasar kerajaan dan memastikan ia sampai ke akar umbi,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan