Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerjasama LPS dan syarikat penerbangan mampu meningkatkan jumlah pelancong ke Sabah- Pang

6:23pm 18/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 20 views Pelancongan,Tempatan

pang-1

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri melalui Lembaga Pelancongan Sabah (LPS) menjalin kerjasama erat dengan syarikat- syarikat penerbangan untuk meningkatkan aksesibiliti udara disamping memastikan sektor
pelancongan negeri ini terus berkembang.

Menurut Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Pang Yuk Ming, Sabah kini mempunyai 146 penerbangan terus antarabangsa dengan 24,038 kapasiti tempat duduk dalam seminggu yang
menghubungkan negeri ini kepada 16 destinasi seperti Brunei, Hong Kong, Shenzhen, Shanghai, Guangzhou, Hangzhou, Wuhan, Jakarta,Tarakan, Bali, Manila, Tokyo, Perth, Singapura, Seoul dan Taipei.

“Kerjasama antara LPS dengan syarikat- syarikat penerbangan bertujuan untuk menggalakkan syarikat penerbangan memperkenalkan perkhidmatan penerbangan terus ke Sabah, samada penerbangan berjadual mahupun
penerbangan sewa khas,” katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri,
disini, hari ini (18 April 2016, Isnin).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada ADUN Banggi, Datuk Abdul Mujil Hj. Unaini yang bertanyakan mengenai langkah-langkah dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan sektor
pelancongan di negeri ini terus kekal atau melonjak ke tahap yang lebih baik.

Tambahnya, LPS juga sentiasa akan mengenal pasti pasaran- pasaran baru yang berpotensi sebagai langkah memastikan industri pelancongan di Sabah terus berkembang.

Disamping itu, LPS turut menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Wechat, Sina Weibo sebagai medium untuk memperkenalkan Sabah ke mata dunia.

“LPS akan bekerjasama dengan syarikat aplikasi telefon mudah alih yang amat berpengaruh di negara China, iaitu Baidu.com yang mempunyai lebih 45 juta pengguna yang merupakan enjin carian terbesar di
China,”katanya.

Pang berkata kedatangan pelancong ke negeri ini menunjukkan peningkatan yang memberansangkan bagi tempoh bulan Januari sehingga Februari 2016 berbanding tempoh yang sama tahun 2015.

“Bagi dua bulan pertama tahun 2016, Sabah merekodkan 531,585 pelawat iaitu peningkatan 12.2 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama bagi tahun 2015 iaitu 490,798 pelawat,”katanya. Elezebeth
Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan