Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,680

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerjasama JAPEN, JCK memantapkan penyampaian maklumat kepada masyarakat

11:39am 07/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 9 views Tempatan
Almain dan para ahli rombongan ketika tiba di pejabat Salsidu.

Almain dan para ahli rombongan ketika tiba di pejabat Salsidu.

KOTA KINABALU- Jaringan kerjasama serta hubungan baik antara Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dengan Jabatan Cetak Kerajaan Sabah (JCK) penting untuk memantapkan lagi usaha penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAPEN, Datuk Almain Ajirul berkata kesinambungan kerjasama erat itu mampu mencipta idea serta kaedah baharu untuk menyebarluaskan maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan menerusi bahan cetakan.

Tambahnya, perbincangan tersebut berjaya menghasilkan pelbagai pandangan dan cadangan positif bagi meningkatkan peranan kedua belah pihak.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Cetak Kerajaan Sabah, Datuk Haji Salsidu Ibrahim di sini, pada Khamis lalu.

Dalam pada itu, Salsidu turut mengucapkan tahniah ke atas pelantikan Almain yang berkuatkuasa 25 April lalu, di samping merakamkan penghargaan terhadap sumbangan sepanjang beliau menerajui JaPen Sabah.

Hadir sama Timbalan Pengarah Penerangan, Yunus Saprin dan Penyelaras Malaysia Aktif Sabah, Yahya Abdul Rajak.-SayangSabah

Almain dan Salsidu membincangkan beberapa perkara dalam memantapkan hubungan kedua belah pihak.

Almain dan Salsidu membincangkan beberapa perkara dalam memantapkan hubungan kedua belah pihak.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan