Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerjasama Ibubapa dengan Guru Penting

6:36pm 19/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 43 views Isu Semasa,Pendidikan,Tempatan
 Acara penyampaian sumbangan kepada Pelajar Cemerlang di SK Lingan, Ulu Kimanis

Acara penyampaian sumbangan kepada Pelajar Cemerlang di SK Lingan, Ulu Kimanis

PAPAR  : Kerjasama penuh daripada pihak ibubapa kepada pihak sekolah dan guru amat penting demi kecemerlangan anak-anak mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Datuk Mohamad Alamin berkata bahawa kerjasama tersebut sangat penting kerana para pelajar ini merupakan aset yang amat penting untuk pembangunan negara.
“Mutu prestasi pembelajaran murid dapat dipertingkatkan sekiranya masyarakat memberi kerjasama kepada pihak sekolah”, kata beliau.
Alamin berkata demikian semasa merasmikan Majlis Kecemerlangan Pelajar di empat buah sekolah rendah iaitu SK Lingan, SK Daingin, SK Belatik dan SK Pekan Kimanis, hari ini.
Beliau juga menyeru kepada semua ibubapa agar tidak memandang remeh proses pembelajaran tahap awal seperti peperiksaan UPSR dan sentiasa memantau pembelajaran anak-anak di rumah.
Selain itu, beliau juga menasihati para pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang agar tidak bersedih dan sebaliknya tingkatkan usaha dan menyiapkan diri sebelum menduduki peperiksaan pada masa akan datang.
Sempena majlis tersebut, Alamin turut menyampaikan bantuan sebanyak RM 500 kepada semua murid yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR, baru-baru ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi-Pengerusi PIBG, Guru-guru Besar Sekolah dan ketua–ketua serta pemimpin masyarakat setempat.- Sayangsabah
Mohamad menyampaikan sumbangan kepada Pelajar Cemerlang 5A di SK Daingin, Ulu Kimanis

Mohamad menyampaikan sumbangan kepada Pelajar Cemerlang 5A di SK Daingin, Ulu Kimanis

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan