Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerjasama diperlukan untuk mencegah Denggi

Jainab (tengah) bergambar bersama agensi yang hadir sambil memegang benner
Jainab (tengah) bergambar bersama agensi yang hadir sambil memegang benner

KOTA KINABALU – Masyarakat tidak seharusnya mengharapkan khidmat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mahupun pihak berkuasa lain untuk membersihkan kawasan persekitaran tempat tinggal mereka.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, ini kerana tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tugas bersama dan bukan hanya dipikul oleh sesetengah pihak sahaja.

“Perkara penting dalam menangani isu yang berkitan dengan kebersihan ini adalah kerjasama, persefahaman dan sikap bertolak ansur daripada semua pihak,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Pelancaran Gotong-royong DUN Karambunai di Dewan Masyarakat Likas, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Christina Rundi berkata, kes denggi di kawasan Kampung Likas, di sini, menunjukkan penurunan setelah Operasi Mega dilaksanakan pada awal bulan ini.

Menurutnya, sungguhpun berlaku penurunan namun masih belum mencapai tahap sasaran yang ditetapkan.

“Walau bagaimanapun, perkara paling penting sekarang ialah kita mahu kes denggi terus menurun. Begitupun, ia bergantung dengan tahap kebersihan di sesuatu kawasan.

“Sehubungan itu, penduduk harus menetapkan sama ada mereka mahu melihat penurunan kes denggi atau sebaliknya,” katanya.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan