Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerjasama dengan kerajaan Pusat dipertingkat perkasa pendidikan di Sabah

Muhyiddin (dua dari kiri) dan Musa (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan cek KPM kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang diwakili Pengarahnya, Datuk Jame Alip. - foto Jimmy Tan
Muhyiddin (dua dari kiri) dan Musa (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan cek KPM kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang diwakili Pengarahnya, Datuk Jame Alip. – foto Jimmy Tan

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri dan Pusat sentiasa berganding bahu dan bekerjasama bagi meningkatkan lagi tahap pendidikan negeri dan memperkasa pembangunan modal insan di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, dalam konteks ini, kerajaan negeri sentiasa mendapat kerjasama dan komitmen padu daripada ketua-ketua jabatan dan agensi Kementerian Pendidikan di negeri ini dan warga institusi pendidikan pada keseluruhannya.

“Ini termasuklah penyediaan dan pembangunan prasarana pendidikan seperti sekolah, institusi pengajian tinggi, institut perguruan, pusat latihan dan kemahiran di seluruh negeri,” katanya ketika berucap dalam majlis perjumpaan khas bersama warga Institusi Pendidikan di Negeri Sabah di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Kedua Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri merangkap Exco Pendidikan Negeri, Datuk Masidi Manjun dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching serta Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah.

Untuk itu, Musa berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memastikan sokongan kepada apa juga usaha dan langkah yang diambil khususnya oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan aspek kualiti pendidikan dan pembangunan modal insan di negeri ini dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Beliau menambah, jasa dan khidmat bakti warga pendidik kepada rakyat dan negeri ini dalam aspek pembangunan, amat dihargai terutama dalam melahirkan modal insan berkualiti yang bakal menentukan masa depan negara.- oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan