Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerjasama beri sumbangan bukti kesatuan

Libaran: Musa (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.-foto AA/ SayangSabah
Libaran: Musa (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.-foto AA/ SayangSabah

SANDAKAN- Sumbangan kepada orang yang memerlukan pada bulan Ramadan daripada pelbagai pihak menunjukkan adanya kesatuan dan persaudaraan sesama insan masyarakat di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata sumbangan bukan sahaja agensi kerajaan atau badan kebajikan, malah sumbangan turut disalurkan oleh seluruh lapisan rakyat terdiri daripada pihak swasta, badan bukan kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan, yang menjalankan tanggungjawab sosial mereka.

Ia jelas menunjukkan wujudnya perasaan kekitaan dan persaudaraan kita di Sabah. Saya bersyukur dan berharap agar amalan ini dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Libaran termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Sri Libaran, di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol, Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris dan Ketua Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Haji Mahiruddin.

Pada majlis itu, Musa turut menyaksikan penyerahan replika cek daripada AJK Biro Latihan dan Keusahawanan kepada Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Ranau, bagi membantu mangsa gempa bumi. AA/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan