Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerja sukarelawan dari rumah ke rumah cari dana tidak lagi relevan

Tawfiq Abu Bakar Titingan ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Pandu Puteri Sedunia Peringkat Daerah di Padang Bandaran Tawau. - foto Masani Sandan
Tawfiq Abu Bakar Titingan ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Pandu Puteri Sedunia Peringkat Daerah di Padang Bandaran Tawau. – foto Masani Sandan

TAWAU –  Syarikat swasta mahupun syarikat milik kerajaan (GLC) digesa membantu persatuan di negeri ini dari segi dana bagi membolehkan mereka menambah kekerapan pelaksanaan aktiviti atau program kemasyarakatan.

Selain itu, dengan adanya kegiatan komuniti itu ia secara tidak langsung mampu negara dalam membangunkan modal insan cemerlang yang bakal menggalas kepimpinan akan datang.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingn berkata, untuk tujuan itu, syarikat yang menyumbang pendapatan mereka boleh memohon untuk tidak dikenakan cukai kerajaan.

“Misalnya, Persatuan Pandu Puteri merupakan contoh sebuah persatuan yang sering melakukan kerja-kerja kesukarelawan sejak dahulu lagi, dan kita minta syarikat korporat dan GLC membantu mereka dari segi dana,” katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Pandu Puteri Sedunia Peringkat Daerah di Padang Bandaran Tawau, di sini hari ini.

Katanya, sebagai persatuan yang wujud hampir 90 tahun, kerja-kerja kesukarelaan yang dijalankan dari rumah ke rumah yang biasa dilakukan ahli persatuan Pandu Puteri untuk mencari dana sudah tidak relevan.

Sehubungan itu, Tawfiq menggesa pemimpin persatuan untuk lebih berinovasi dan proaktif dalam mencari dana membiayai aktiviti persatuan.

Mengenai program berkenaan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, Pandu Puteri adalah satu-satunya persatuan yang unggul dalam kalangan wanita meskipun wujud persatuan-persatuan lain.

Justeru, katanya, pemimpin persatuan disaran untuk mengadakan road show ke sekolah-sekolah bagi menggalakkan penyertaan dalam kalangan pelajar memasuki persatuan Pandu Puteri. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan