Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

kerja pemulihan bekalan elektrik akibat ribut diteruskan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU- Kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik di kawasan yang terjejas akibat ribut Jumaat lalu masih diteruskan.

Menurut rekod, sebanyak 1,171 gangguan elektrik telah dilaporkan di Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat kepada Pusat Pengurusan Panggilan (CMC) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Menurut kenyataan SESB hari ini, kawasan sekitar Kota Kinabalu, Papar dan Tuaran adalah kawasan yang paling terjejas teruk.

Walau bagaimanapun, kerja-kerja pemulihan bekalan di kawasan yang terjejas mendapat penambahan pasukan bantuan SESB daripada daerah seperti Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Tenom, Tambunan, Ranau, Beaufort dan Keningau.

Keutamaan kerja-kerja pembaikan adalah tertumpu kepada kerosakan yang mempunyai risiko keselamatan  kepada orang awam.

Atas faktor keselamatan, kerja-kerja pembaikan kerosakan adalah tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.

Dalam pada itu, pengguna digalakkan untuk menghubungi talian Hotline SESB di 15454 sekiranya mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik.

Keprihatinan pengguna mengenai perkara ini adalah amat dihargai.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan